Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1957

Kabinet Malaysia 1957 atau lebih tepat sebagai Jemaah Menteri Malaysia yang pertama telah diumumkan oleh Ketua Menteri , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Ogos 1957. Satu sidang media telah diadakan di Kuala Lumpur menjelang Tanah Melayu mengumumkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kabinet baru ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agung untuk disahkan. Semua nama ditukar kecuali 3 nama iaitu Kol. Sir Henry Han Shik Lee (Menteri Kewangan), Encik Abdul Aziz Ishak (Menteri Pertanian) dan Encik Sardon Jubir (Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom).